Empat Pemain Kebangsaan Wanita Bakal Beraksi Di Liga Eropah
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini menerusi satu sidang media yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil mengesahkan empat pemain bakal berkelana di bumi Eropah untuk tempoh satu hingga dua bulan sebagai pemain import di Liga Itali dan Liga Jerman. Empat pemain tersebut ialah Nuraini Abd Rashid dan Fatin Shafika Md Shukri yang bakal beraksi bersama Butterfly Roma Hockey Club di Rome Itali sementara Hanis Nadia Onn dan Wan Norfaiezah Md Saiuti akan bersama Sportverein Zehlendorfer Wespen 1911 e.V yang akan bersaing bagi liga divisyen satu di Jerman. Mereka bakal terbang menyertai pasukan masing-masing sejurus tamat kempen Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang...