KUALA LUMPUR (13 MEI) : Jawatankuasa Kejurulatihan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini telah mengadakan mesyuarat kali ketiga di mana mesyuarat yang dilangsungkan menerusi aplikasi atas talian itu dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan, Dato’ Sri Subahan Kamal dan beberapa kata sepakat telah berjaya dicapai dalam mesyuarat tersebut. Perbincangan yang berlangsung hari ini telah menerima maklum balas daripada En. Jadadish Chandra yang dipertanggungjawabkan selaku Pengerusi Sesi Temuduga bagi menjalankan sesi temuduga bersama calon Ketua Jurulatih Skuad Hoki Wanita Kebangsaan. Menerusi maklum balas tersebut, satu keputusan telah dipersetujui iaitu untuk menangguhkan sesi temuduga calon daripada luar negara sehingga situasi wabak Covid-19 dunia beransur...

KUALA LUMPUR (16 NOVEMBER 2019) : Dengan berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) / (Kongress) Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kali ke-66 hari ini sekaligus menyaksikan pentadbiran bagi Ahli Jawatankuasa Penggal 2019-2023 telah bermula secara rasmi. Umum mengetahui turut berlangsung pada AGM/Kongress di Hotel Palace of Golden Horses adalah pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa untuk penggal baru yang terus diterajui oleh Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal selepas beliau diumumkan menang tanpa bertanding. Turut mempertahankan jawatan untuk sepenggal lagi ialah Timbalan Presiden (Wanita) KHM, Prof. Dato’ Dr Shamala Subramaniam selepas pesaing tunggalnya menarik diri daripada bertanding dan situasi yang sama turut berlaku kepada Timbalan Presiden...

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini menerusi satu sidang media yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil telah mengumumkan senarai 18 pemain yang akan menggalas tanggungjawab bagi mencabar pasukan handalan dunia di Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 Bhubaneswar India yang akan membuka tirai dari 28 November hingga 16 Disember 2018. Menerusi senarai yang telah dikeluarkan, pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Razie Abd Rahim yang sebelum ini dibelenggu masalah hamstring, kembali berkhidmat kepada negara selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan tersebut selain turut dapat dilihat kembalinya Mohd Fitri Saari menyertai pasukan yang pastinya akan membantu memperkuatkan lagi jentera tengah negara. Turut berada...