Pasukan Hoki Terengganu (THT) mahu memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri sekali gus merampas Piala Sumbangsih daripada juara bertahan, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) apabila kedua-dua pasukan bakal bertemu pada perlawanan pertama Liga Hoki Malaysia (LHM) esok. Baik THT mahupun KLHC, kedua-dua pasukan pastinya meletakkan sasaran untuk menjulang piala itu, namun keinginan untuk menang dilihat memihak kepada THT selepas gagal mempertahankan Piala Tan Sri P Alagendra minggu lalu apabila tewas kepada KLHC. Justeru itu, ketua jurulatih THT, Sarjit Singh berharap barisan pemainnya tidak mensia-siakan peluang beraksi di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu esok. "Jika diperhatikan kepada sambutan penyokong di Terengganu ia...

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mahu bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut di saingan Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia (LHM) apabila turun pada perlawanan ketiga bertemu Terengganu Hockey Team (THT) di Stadium Hoki Pantai, esok. Ketua jurulatih TNB Muhamad Amin Rahim berkata, dua kekalahan awal iaitu 3-4 kepada Maybank dan 0-1 di tangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) jelas menjejaskan motivasi barisan pemainnya. Namun kemenangan besar 11-0 ke atas UiTM-KPT pada pusingan kalah mati Piala Tan Sri P Alagendra, Selasa lalu mengembalikan semula keyakinan barisan pemainnya untuk berdepan THT. "Dua kekalahan awal itu bukan disebabkan pemain tidak bermain dengan bagus. Cuma gol yang diperolehi lawan...