Pasukan Hoki Terengganu (THT) berjaya merampas kejuaraan Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia daripada Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) selepas menewaskan seteru utama mereka itu 2-1 pada aksi terakhir liga hari ini. THT yang memimpin liga dengan 21 mata, hanya berkelebihan satu mata berbanding KLHC sebelum turun pada perlawanan hari ini, mempamerkan semangat tidak berputus asa apabila bangkit dihujung perlawanan untuk meraih kemenangan. KLHC di bawah bimbingan Lim Chiow Chuan di depan pada minit ke-36 menerusi gol padang Nabil Fiqri Mohd Noor. Bagaimanapun bintang utama THT, Faizal Saari menyamakan kedudukan minit ke-50 hasil gol padang sebelum Lopez Barreiros muncul wira dengan gol padang...

Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dan Pasukan Hoki Terengganu (THT) bakal bertemu pada perlawanan terakhir Liga Perdana, Jumaat ini untuk menentukan siapakah yang bakal dinobatkan selaku juara liga. Pada perlawanan hari ini, KLHC yang berstatus juara bertahan, tidak berdepan masalah untuk menewaskan TNB 4-0 sementara THT juga seperti dijangka mudah mengatasi TNB Thunderbolts 4-2. Kemenangan skuad bimbingan Lim Chiow Chuan itu menyaksikan KLHC kekal menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul 20 mata sementara THT hanya lebih satu mata untuk terus memimpin tangga teratas liga. Chiow Chuan nyata cukup berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan anak buahnya itu kerana keputusan perlawanan berkenaan cukup penting. "Bagi...

Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana, Pasukan Hoki Terengganu (THT) apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas Universiti Kuala Lumpur (UniKL), hari ini. [caption id="attachment_13764" align="alignright" width="300"] Pemain KLHC meraikan kejayaan mereka menewaskan UniKL 3-1 dalam perlawanan kelapan yang berlangsung hari ini dan KLHC yang berada di kedudukan kedua liga masih berpeluang untuk terus mengejar kejuaraan.[/caption] Dengan kemenangan itu, KLHC kini menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul 17 mata, ketinggalan hanya satu mata di belakang THT ketika masih berbaki dua perlawanan lagi. Pada perlawanan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini, UniKL mengejukan KLHC apabila di depan...

Pasukan Hoki Terengganu (THT) kembali menduduki tangga teratas Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia selepas menewaskan pesaing terdekat, TNB 2-0 di Stadium Hoki Batu Buruk, Terengganu, hari ini. Dengan kemenangan terbaru itu, skuad bimbingan Sarjit Singh kini memimpin liga dengan 15 mata, lebih satu mata berbanding juara liga musim lalu, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC). Tonggak utama THT, Fitri Saari nyata berpuas hati dengan kemengan itu selepas dia serta rakan sepasukannya sekadar meraih satu mata pada perlawanan terakhir bertemu Universiti Kuala Lumpur (UniKL). [caption id="attachment_13895" align="alignleft" width="300"] Aksi Jeroen Dolf Hertzberger pemain import UniKL yang cuba melakukan serangan ke kubu TNB Thunderbolt sambil...

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menepati ramalan apabila menewaskan TNB Thunderbolts 3-1 pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Hoki Nasional hari ini sekali gus kekal memimpin saingan liga dengan meraih sembilan mata penuh selepas tiga perlawanan. Skuad bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin itu sebelum ini menewaskan dua pasukan pilihan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 3-2 dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 4-2. Meskipun terus meraih tiga mata penuh pada perlawanan hari ini, Nor Saiful tetap kurang berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya. "Saya lihat mereka tidak bermain seperti dua perlawanan sebelum ini. Mungkin ia disebabkan Thunderbolts adalah lawan yang selalu kita temui pada sesi latihan. "Tapi...

Selepas membenam UniKL dua hari lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus membuktikan label selaku 'pembunuh gergasi' apabila membelasah Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 4-2 pada aksi kedua Liga Perdana di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. Kemenangan itu bukan saja mengekalkan rekod permulaan sempurna TNB tetapi juga menyaksikan skuad kendalian Nor Saiful Zaini mengukuhkan kedudukan di persada liga dengan enam mata, manakala KLHC pula terus kekal dengan rekod tanpa kemenangan. [caption id="attachment_5333" align="alignleft" width="300"] Pemain UniKL, Jeroen Dolf Hertzberger (kiri) meledak dua gol ketika membantu UniKL menewaskan Maybank 6-0 cuba diasak oleh pemain Maybank, Muhammad Iderus Ali pada aksi yang berlangsung...

ONE wonders if FAM Competitions Committee Chairman, Datuk Che Mat Jusoh is aware of what Young Tigers are made of? First of all, Young Tigers are a professional team and not an amateur team as claimed by certain quarters, maybe one is not aware of the difference between a professional and an amateur team. The 28 players in the Young Tigers squad are all contracted for 2 years and players are paid salaries around RM 4500.00 excluding of match bonuses and all players are fully sponsored by Nike. The Young Tigers are provided with accommodation and meals at Wisma FAM, and they...