BABAK Kedua Musim Ujian Sebenar Buat ATM
MEMASUKI babak kedua musim Liga Super 2013, pendatang baru, Angkatan Tentera Malaysia seharusnya mampu mengukir senyuman melihatkan kedudukan mereka di tempat keempat, dipisahkan dua mata dengan pendahulu, Lions XII selepas 11 perlawanan. Namun ATM boleh dimaafkan sekiranya menyimpan sedikit rasa terkilan dengan perjalanan musim mereka sehingga kini yang ditentukan oleh urusan di luar padang secara khususnya, bilik mesyuarat jawatankuasa tatatertib Persatuan Bola Sepak (FAM) dan bukannya aksi di atas padang. Berdepan kehilangan empat pemain kerana penggantungan atas pembabitan mereka di dalam insiden kontroversi 25 Januari lalu, ATM turun menentang Kelantan tanpa tiga lagi tonggak, Norfazly Alias berikutan kecederaan tulang pipi dan K...