Skuad hoki negara akhirnya berjaya untuk mencatatkan kemenangan dalam siri ujian yang diatur bertemu New Zealand di mana pertemuan terakhir hari ini menyaksikan skuad bimbingan Roelant Oltmans menundukkan The Black Sticks 4-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit kedua apabila dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti dan pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Razie Abd Rahim akhirnya berjaya menemui rentak dengan menjaringkan gol menerusi flik terus. Bagaimanapun New Zealand bangkit mengikat kedudukan pada minit ke-10 selepas mereka yang turut dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti meledak jaringan menerusi Kane Russell dan empat minit sebelum...

Siri perlawanan ujian kedua yang berlangsung hari ini diantara Malaysian Tigers dan The Black Sticks menyaksikan skuad negara tewas 3-4 dalam satu pertarungan yang cukup menarik yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Skuad negara terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal pelawat pada minit keempat menerusi gol padang George Muir dan Aidan Sarikaya menggandakan kedudukan perlawat pada minit ke-20 sebelum skuad negara bangkit mengejar menerusi jaringan padang Muhammad Firhan Ashari pada minit ke-21 untuk aksi separuh masa pertama tamat dengan 2-1. Minit ke-42 jaringan penyamaan Malaysia hadir apabila Faizal Saari bijak untuk melakukan penyudahan daripada pukulan sudut penalti yang dimiliki oleh...

Perlawanan ujian yang diatur bertemu New Zealand menyaksikan skuad negara tewas 1-2 kepada lawan mereka pada aksi pertama yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit jalil, hari ini. New Zealand terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit kedua menerusi jaringan padang Stephen Jenness dan menggandakan kedudukan pada minit ke-17 juga menerusi gol padang kali ini hasil jaringan Aidan Sarikaya. Kekasaran yang dilakukan oleh pertahanan New Zealand di dalam kawasan gol menghadiahkan pukulan stroke buat kem negara dan pada minit ke-22 Faizal Saari tidak berdepan masalah untuk melunaskan pukulan tersebut. Bermula daripada gol Faizal, skuad negara terus dihidangkan dengan deretan peluang untuk mendapatkan gol...

Impian Korea Selatan untuk menyekat Malaysian Tigers daripada terus mengutip tiga mata dalam pusingan round robin tidak berkesampaian apabila skuad bimbingan Roelant Oltmans cemerlang memastikan kemenangan ketiga berturut-turut di Trofi Juara-Juara Asia 2018 Muscat Oman dengan Korea Selatan tunduk 4-2 kepada skuad negara dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, hari ini. Selepas cemerlang mengumpul sembilan mata, skuad negara telah menjaringkan 10 gol sementara bolos 3 berada di kedudukan kedua di belakang India yang dibezakan dengan jumlah jaringan dan Faizal Saari kini mendahului carta penjaring terbanyak skuad negara dengan empat gol, diikuti Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dengan...

Skuad hoki lelaki negara akhirnya mencatatkan kemenangan dalam Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin 2018 selepas memastikan Jepun kali ini tunduk di tangan mereka apabila membelasah lawannya itu 4-0 sekaligus menyaksikan Malaysian Tigers menamatkan aksi di Stadium Hoki Marrara Australia itu di kedudukan ketiga. Secara keseluruhannya selepas menamatkan empat perlawanan Muhammad Razie Abd Rahim dan Muhammad Haziq Samsul telah meledak tiga gol sementara Mohd Fitri Saari menjaringkan dua gol dan Muhammad Firhan Ashari, Muhammad Shahril Saabah serta Muhammad Azri Hassan masing-masing menyumbangkan satu gol untuk menjadikan keseluruhan 11 gol terhasil dalam kejohanan ini. Pengendali pasukan bagi kejohanan ini, Muhammad Amin Rahim ketika dihubungi...

Pertahanan negara, Faiz Helmi Jali menyifatkan kehilangan seorang pemain yang dilayankan kad kuning untuk tempoh 10 minit nyata memberikan kesan kepada Malaysian Tigers ketika bertemu Jepun yang berkesudahan dengan Malaysia dan Jepun diikat 3-3 pada aksi yang berlangsung di Stadium Marrara, Australia hari ini. Layangan kad kuning yang diterima oleh salah seorang pemain negara pada minit ke-39 digunakan oleh Jepun untuk mengejar kedudukan skuad negara dan kelebihan tersebut menyaksikan Jepun merapatkan kedudukan di penghujung suku ketiga. Faiz dalam pada itu juga memuji penjaga gol negara Muhammad Hafizuddin Othman yang berjaya menyekat peluang-peluang Jepun untuk terus menjaringkan gol dan berkongsi peluang untuk menjaringkan...

Kejayaan Malaysian Tigers mengheret India ke penentuan shoot-out apabila berjaya mengikat perlawanan sebenar dengan keputusan 2-2 pada aksi separuh akhir Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang berlangsung di Padang Hoki Gelora Bung Karno hari ini mendapat pujian pengendali mereka Stephen van Huizen. Stephen nyata berpuas hati dengan usaha keras selain semangat juang tinggi yang telah ditampilkan oleh anak-anak buahnya sehingga mereka mampu mengejutkan pasukan yang berada di ranking kelima dunia itu dengan kemenangan 7-6 pada aksi penentuan shoot-out. “Kami berusaha keras untuk mendapatkan hasil yang kami perolehi hari ini dan kami sangat gembira kerana dapat mengheret India hingga ke penentuan shoot-out kerana kami...

Impian skuad hoki lelaki negara untuk mencatatkan kemenangan pertama disekat oleh lawan mereka Australia A pada perlawanan persahabatan keempat yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Perth apabila aksi tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. Faizal Saari dan Muhammad Razie Abd Rahim meledak gol untuk skuad negara masing-masing menerusi jaringan padang dan pukulan sudut penalti pada minit ke-21 dan 52. Ketinggalan 1-0 nyata tidak mematahkan semangat skuad negara untuk bangkit mencari gol penyamaan menerusi jaringan Faizal serta jaringan pukulan sudut penalti Razie Rahim meletakkan skuad negara dihadapan 2-1 dan ketika perlawanan dilihat seakan memihak kepada skuad negara, Australia A bangkit mengikat mereka...

Impian skuad hoki negara untuk mencari kemenangan pertama dalam siri perlawanan persahabatan di Australia masih belum kesampaian apabila terpaksa berhadapan satu lagi kekalahan 2-3 ketika bertemu Australia A pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Perth, hari ini. Walaupun Malaysian Tigers berjaya meninggalkan lawan mereka 2-0 pada separuh masa pertama hasil gol padang Faizal Saari pada minit keempat dan Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-19, namun Australia A bangkit di separuh masa kedua dengan tiga gol (m’38, m’43 dan m’44) untuk meragut harapan skuad negara mencari kemenangan pertama. Jurulatih kebangsaan, Stephen van Huizen melihat ada peningkatan yang telah ditunjukkan oleh pemain-pemainnya untuk...

Skuad hoki lelaki dan wanita negara akan menjalani sesi persediaan terakhir sebelum ke Sukan Asia 2018 di Indonesia yang akan membuka tirai pada 18 Ogos ini dengan mengadakan perlawanan persahabatan di Australia bagi memastikan misi untuk menaiki podium pada kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali itu berjaya dilaksanakan. Skuad wanita akan berada di Brisbane dari 21 hingga 29 Julai 2018 dan bakal menjalani lima perlawanan persahabatan menentang Queensland Academy of Sports (QAS) yang dijadualkan berlangsung di Pusat Hoki Brisbane. Kapten pasukan wanita negara, Siti Noor Amarina Ruhani mahu beberapa kelemahan pasukan yang telah dikenalpasti selepas tamat Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura 2018,...