Malaysian Tigers berjaya untuk menutup aksi siri jelajah perlawanan ujian yang telah diatur di Argentina dengan kemenangan apabila aksi yang berlangsung di Club Ciudad De Buenos Aires pagi ini ditutup dengan keputusan 2-1. Selepas berdepan dengan empat kekalahan berturut-turut pada aksi yang berlangsung di Mar Del Plata, Skuad bimbingan Stephen van Huizen berjaya untuk keluar daripada belenggu kekalahan selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 pada aksi kelima dan terbaru dengan kemenangan. Pada perlawanan yang berlangsung pagi ini, Malaysian Tigers berjaya untuk mengejutkan Argentina dengan jaringan pembukaaan pada minit ke-18 menerusi penyudah yang baik oleh Muhammad Shahril Saabah selepas overhead flik yang dilakukan oleh...

Malaysian Tigers menamatkan empat perlawanan persahabatan yang berlangsung di Mar Del Plata Argentina dengan kekalahan dan mereka dilihat masih lagi mencari rentak kemenangan apabila terbaru perlawanan awal pagi ini menyaksikan skuad negara tewas 2-1 kepada pasukan yang berada di ranking kedua dunia. Bagaimanapun skuad bimbingan Stephen van Huizen masih mempunyai baki dua perlawanan ujian yang akan berlangsung di Club Ciudad De Buenos Aires pada 1 dan 2 Jun ini bagi menamatkan enam siri perlawanan ujian yang telah di atur di Argentina bertemu pasukan juara Sukan Olimpik Rio 2016 itu. Perlawanan pembukaan yang berlangsung 25 Mei lalu menyaksikan skuad negara tewas tipis 1-0...

Skuad Malaysian Tigers terpaksa melupakan khidmat empat pemain kebangsaan pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2018 yang akan membuka tirai bermula 3 hingga 10 Mac 2018 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh Perak, ekoran kecederaan yang dialami oleh mereka. Kapten negara, Muhammad Sukri Abdul Mutalib terpaksa melupakan kejohanan tersebut ekoran kecederaan hamstring sementara Muhammad Ramadan Rosli mengalami kecederaan bahagian belakang dan baru tamat sesi pemulihan serta masih belum cergas sepenuhnya untuk beraksi di kejohanan kompetitif. Turut tidak berada di dalam senarai Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin yang mengalami kecederaan lutut ketika beraksi di kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia baru-baru ini dan...

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dengan berbesar hati mengesahkan enam pasukan gergasi dunia dan Eropah bakal berentap di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2018 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 3-11 Mac 2018 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh Perak, yang juga dilihat sebagai medan untuk skuad Malaysian Tigers mendapat pendedahan terbaik bagi persediaan awal menjelang Hoki Piala Dunia 2018. Berdasarkan pengesahan tersebut, Malaysia yang berada di ranking ke-12 dunia bakal berentap dengan pasukan handalan dunia seperti Australia yang berada di ranking pertama dunia, Argentina di ranking kedua, India di raking keenam, diikuti England di ranking ketujuh dan Ireland di ranking kesepuluh dunia. Menurut...