Pengendali Malaysian Tigress nyata berpuas hati apabila anak-anak didiknya berjaya untuk meledak 11 gol dalam pertemuan dengan Chinese Taipei bagi aksi ketiga Kumpulan A, Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang berlangsung di Padang Hoki Gelora Bung Karno, hari ini di mana jaringan tersebut menyamai jumlah jaringan pasukan Jepun ketika bertemu lawan yang sama serta melebihi pasukan China. Bagaimanapun Dharmaraj mengakui situasi penyudahan pukulan sudut penalti tidak menjadi sering berlaku kepada pasukan bimbingannya ketika bertemu lawan yang lebih mudah dan melihat pemain sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol terutamanya menerusi pukulan sudut penalti apabila 19 pukulan sudut penalti yang diperolehi hanya empat daripadanya...

Walaupun impian Malaysian Tigress untuk melangkah ke perlawanan separuh akhir tidak kesampaian selepas tewas 1-3 kepada Jepun pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang berlangsung di Padang Hoki Gelora Bung Karno, tetapi aksi yang telah ditampilkan oleh skuad hoki wanita negara sepanjang kempen peringkat kumpulan wajar diberikan pujian. Malaysian Tigress menamatkan kempen peringkat kumpulan di kedudukan ketiga selepas mengumpul keseluruhan tujuh mata, menjaringkan 22 gol dan bolos lima sementara kelebihan lima jaringan yang dimiliki China (gol 28, bolos enam) membawa mereka ke separuh akhir mengiringi Jepun walaupun berkongsi tujuh mata bersama skuad negara. Pengendali skuad wanita negara, Muhammad...

Pengendali Malaysian Tigress nyata berpuas hati apabila anak-anak didiknya berjaya untuk meledak 11 gol dalam pertemuan dengan Chinese Taipei bagi aksi ketiga Kumpulan A, Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang berlangsung di Padang Hoki Gelora Bung Karno, hari ini di mana jaringan tersebut menyamai jumlah jaringan pasukan Jepun ketika bertemu lawan yang sama serta melebihi pasukan China. Bagaimanapun Dharmaraj mengakui situasi penyudahan pukulan sudut penalti tidak menjadi sering berlaku kepada pasukan bimbingannya ketika bertemu lawan yang lebih mudah dan melihat pemain sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol terutamanya menerusi pukulan sudut penalti apabila 19 pukulan sudut penalti yang diperolehi hanya empat daripadanya...

Skuad hoki wanita negara yang turun untuk aksi persahabatan kelima hari ini di Pusat Hoki Brisbane bertemu Queensland Academy of Sports (QAS) berjaya menutup siri jelajah yang diatur dengan cemerlang apabila mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas lawan mereka itu. Tiga gol yang terhasil pada perlawanan hari ini adalah hasil jaringan Nuraini Rashid yang meledak dua gol menerusi pukulan sudut penalti dan pukulan stroke selain Raja Norsharina Raja Shabuddin menjaringkan satu gol pukulan sudut penalti dan secara keseluruhan Malaysian Tigress menutup siri jelajah dengan tiga kemenangan dan dua keputusan seri. Pengendali negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah ketika dihubungi menjelaskan ada peningkatan yang ditunjukkan oleh...

Malaysian Tigress terus cemerlang mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut menewaskan Queensland Academy of Sports (QAS) 2-1 pada aksi yang berlangsung di Pusat Hoki Brisbane sementara Malaysian Tigers dilihat masih lagi mencari fomular terbaik untuk memecahkan kebuntuan kemenangan apabila tewas kepada Australia A, 0-3 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Perth. Walaupun skuad wanita ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama, kebangkitan yang ditunjukkan Malaysian Tigress menghadiahkan kemenangan kedua skuad wanita negara hasil gol pukulan sudut penalti Nuraini Rashid dan beberapa saat sebelum masa sebenar perlawanan berakhir, Kirandeep Kaur menyempurnakan pukulan sudut penalti selepas penjaga gol lawan gagal untuk mengeluarkan bola daripada kawasan...

Skuad hoki wanita negara yang turun untuk siri perlawanan persahabatan ketiga bertemu Queensland Academy of Sport (QAS) di Pusat Hoki Brisbane hari ini akhirnya menemui sentuhan kejayaan apabila menewaskan lawan mereka 3-1. Tiga gol negara kesemuanya berpunca daripada pukulan sudut penalti dimana dua gol dijaringkan oleh Nuraini Rashid dan satu lagi hasil gol Hanis Nadia Onn. Berdasarkan statistik perlawanan hari ini, Malaysian Tigress memperolehi 10 pukulan sudut penalti dan menjaringkan tiga daripadanya sementara QAS dihadiahkan dengan enam pukulan sudut penalti dan satu daripadanya diterjemahkan kepada gol. Pengendali negara Muhammad Dharmaraj Abdullah ketika dihubungi selepas tamat perlawanan nyata berpuas hati selepas anak-anak buahnya...

Skuad hoki wanita negara hari ini memulakan siri perlawanan persahabatan pertama mereka dengan mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Queensland Academy of Sports (QAS) di Pusat Hoki Brisbane. Jaringan kedua-dua pasukan tercetus pada suku terakhir perlawanan dan Nuraslinda Said merupakan penyumbang tunggal skuad negara untuk aksi hari ini. Pengendali negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah menyatakan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sama rata, walau bagaimanapun dia kurang gembira apabila kelebihan pukulan sudut penalti dan peluang untuk meledak gol menerusi jaringan padang tidak berjaya disempurnakan dengan sebaiknya. “Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sama rata tetapi kami tidak menggunakan peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol sama ada menerusi gerakan padang...

Skuad hoki lelaki dan wanita negara akan menjalani sesi persediaan terakhir sebelum ke Sukan Asia 2018 di Indonesia yang akan membuka tirai pada 18 Ogos ini dengan mengadakan perlawanan persahabatan di Australia bagi memastikan misi untuk menaiki podium pada kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali itu berjaya dilaksanakan. Skuad wanita akan berada di Brisbane dari 21 hingga 29 Julai 2018 dan bakal menjalani lima perlawanan persahabatan menentang Queensland Academy of Sports (QAS) yang dijadualkan berlangsung di Pusat Hoki Brisbane. Kapten pasukan wanita negara, Siti Noor Amarina Ruhani mahu beberapa kelemahan pasukan yang telah dikenalpasti selepas tamat Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura 2018,...

Kemenangan 6-0 menewaskan Thailand dalam perlawanan akhir pusingan pertama Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura 2018 (Wanita) yang berlangsung hari in di Pusat Sukan Seng Kang, Singapura menjulang Malaysian Tigress selaku juara selain mereka turut merekodkan enam perlawanan tanpa kekalahan. Kegembiraan kem negara terus bertambah apabila Nuraini Abd Rashid muncul selaku penjaring terbanyak kejohanan dengan meledak sembilan gol menerusi dua gol padang dan tujuh pukulan sudut penalti dan Nuraini juga turut menerima anugerah selaku Pemain Terbaik Kejohanan. Skuad negara tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringan apabila seawal minit kedua Fatin Shafika Md Shukri memastikan kelebihan pukulan sudut penalti yang diterima tidak di...

Walaupun masih mempunyai baki satu perlawanan dalam aksi round robin, pusingan pertama Kejohanan Hoki Terbuka Singapura 2018 (Wanita), skuad hoki wanita negara telah berjaya memastikan tempat mereka di pentas final selepas menewaskan Thailand 4-0 dalam aksi keempat yang berlangsung hari ini di Pusat Sukan Seng Kang, Singapura. Kejayaan mencatatkan rekod bersih empat kemenangan dengan mengumpul 12 mata serta telah meledak 40 gol sudah cukup untuk memastikan Malaysian Tigress mengisi slot beraksi di final dan pengendali negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah nyata puas apabila skuad bimbingannya mara ke final ketika masih mempunyai baki satu perlawanan. Dharmaraj juga turut memuji anak-anak buahnya yang langsung tidak...