Siri Terbuka Singapura: Malaysian Tigress Kekal Rekod Tanpa Kalah
Kejayaan menewaskan Kazakhstan 8-1 dalam perlawanan ketiga peringkat round robin, pusingan pertama Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura 2018 (Wanita) yang berlangsung hari ini di Pusat Sukan Seng Kang, Singapura meletakkan Malaysian Tigress sebagai pendahulu carta dengan mengumpul sembilan mata penuh. Selepas tamat tiga perlawanan, Nuraini Abd Rashid kekal selaku penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan enam gol dan diikuti rapat oleh rakan senegara Nuraslinda Said dengan lima gol juga dua pemain lain dari Thailand. Malaysian Tigress membuka tirai jaringan pada minit ketujuh menerusi satu jaringan padang yang cantik daripada Hanis Nadia Onn dan berselang dua minit kemudian, Hanis sekali lagi mencatat nama...