SARAWAK UNITED RANGKA PELAN PEMBANGUNAN 5 TAHUN
Langkah transformasi liga Malaysia yang direncanakan oleh FAM & MFL khususnya bagi penswastaan kelab yang sudah selesai pada tahun 2020 membolehkan setiap pasukan menjadi lebih professional dan telus baik di dalam padang mahupun melibatkan urus tadbir pengurusan dan kewangan. Sarawak United Football Club (SUFC) menyahut cabaran di dalam penswastaan kelab dengan melancarkan Blueprint atau Pelan Pembangunan yang akan menjadikan SUFC sebagai sebuah kelab professional bukan sahaja untuk mencabar kejuaraan tetapi turut memastikan pengurusan yang cekap serta membawa keuntungan kepada kelab. Presiden SUFC, Dato Posa Majais berkata, “Mereka yang terlibat bagi menghasilkan Blueprint ini terdiri daripada pakar tempatan dan antarabangsa, Liga Bolasepak Malaysia...