Menjelang temasya Sukan Komanwel 2018 yang akan membuka tirai dari 4 hingga 15 April 2018 di Gold Coast Australia, skuad bimbingan Stephen van Huizen terpaksa melupakan khidmat tonggak posisi tengah negara, Mohd Marhan Mohd Jalil yang mengalami kecederaan patah salah satu tulang di antara jari kaki ketika membantu Malaysia di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2018 baru-baru ini. Marhan ketika ditemui meluahkan sedikit kesedihan kerana tidak dapat membantu Malaysian Tigers menggalas tugas di Sukan Komanwel namun lebih menitikberatkan soal pemulihan kecederaan yang dialaminya dan tidak mahu kecederaan tersebut mengganggu perancangan pasukan di Gold Coast sekiranya beliau tetap mewakili pasukan tetapi tidak...