Skuad B-18 negara memastikan aksi terakhir peringkat kumpulan A Sukan Olimpik Remaja 2018 Buenos Aires Argentina ditutup dengan cemerlang apabila bangkit untuk mencipta kemenangan menewaskan lawan mereka Poland pada aksi yang berlangsung di Taman Olimpik Argentina hari ini. Malaysia akan melangkah ke peringkat suku akhir selaku naib juara Kumpulan A di belakang tuan rumah, Argentina selaku juara dan kini masih menanti siapakah lawan daripada kumpulan B yang akan bertemu mereka. Skuad muda negara tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila 27 saat perlawanan bermula, Mohamad Akhimullah Anuar Esook berjaya mengegar pintu lawan dengan jaringannya dan berselang seminit kemudian giliran kapten pasukan,...