Selepas tiga hari menjelajah di sekitar Lembah Klang dan Ipoh, Angka Tour anjuran Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) telah melabuhkan tirai petang tadi dengan Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadi lokasi terakhir persinggahan. Melalui kehadiran nama-nama besar sukan papan selaju seperti Arto Saari, Jack Curtin, Davis Torgeson, Margie Didal, Tom Karangelov, dan Jasper Dohrs yang beraksi bersama atlet-atlet kebangsaan, hari terakhir program berbentuk bengkel dan demonstrasi ini berjaya menarik lebih 200 pengunjung biarpun terpaksa mengharungi hujan lebat di sebelah petang. [caption id="attachment_22262" align="alignright" width="300"] Peminat papan selaju yang hadir beratur panjang untuk mendapatkan tanda tangan daripada pemain papan selaju profesional semasa...

Angka Tour anjuran Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada atlet kebangsaan disamping memupuk minat masyarakat terhadap sukan papan selaju memulakan tirainya hari ini dengan tiga lokasi menjadi “gelanggang” aksi mereka. Kehadiran pemain papan selaju terkemuka dunia seperti Arto Saari, Jack Curtin, Davis Torgerson, Margie Didal, Tom Karangelov, dan Jasper Dohrs disamping atlet-atlet papan selaju kebangsaan membolehkan Angka Tour mendapat tumpuan peminat pelbagai usia dan jantina hadir menyertai mereka. [caption id="attachment_22252" align="alignleft" width="200"] Pemain papan selaju profesional, Arto Saari menunjukkan kemahirannya di hari pertama Angka Tour, sebentar tadi.[/caption] Lebih kurang seratus pemain papan selaju menyertai bengkel dan demonstrasi papan...

Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) mahu mengatur lebih banyak pelan dan program untuk terus menggalakkan pembangunan serta menarik penyertaan golongan remaja bagi melibatkan diri terutamanya dalam sukan papan selaju. Presidennya, Tan Sri Dato’ Seri Darshan Singh Gill berkata persatuan itu sentiasa mengambil berat kepada sukan ekstrem, tambahan pula sukan papan selaju adalah antara sukan ekstrem yang tersenarai dalam Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia serta juga temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo nanti. [caption id="attachment_18937" align="alignright" width="300"] Atlet muda papan selaju berusia 11 tahun, Ian Iman bakal menjadi prospek penting masa depan dalam sukan papan selaju negara.[/caption] Dia berkata, “Kita akan mengatur pelbagai...