Terengganu Hockey Team (THT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) dan TNB Thunderbolt mengesahkan tempat di perlawanan separuh akhir Piala Tan Sri P. Alagendra selepas cemerlang untuk mengetepikan cabaran lawan masing-masing pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. THT terlebih dahulu melangkah ke separuh akhir selepas berkenduri gol menewaskan UITM-KPT 9-0 dan disebalik peminat hoki sibuk memperkatakan tentang pemenang pingat emas olimpik yang menjadi import terbaru THT, Gonzalo Peillat, Faizal Saari lebih mencuri tumpuan selepas meledak lima gol yang berpunca daripada gerakan padang pada minit ke-24, 34 dan 55 serta pukulan sudut penalti...