Roslan Jamaluddin muncul wira membantu Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) menjulang Piala Tan Sri P. Alagendra 2018 selepas menyelamatkan bola penalti shoot-out pengambil terakhir Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari pada perlawanan akhir Piala Tan Sri P. Alagendra 2018 yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, hari ini. Perlawanan 60 minit berkesudahan dengan kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 3-3 dan mengheret permainan hingga ke penentuan shoot-out dimana KLHC berjaya untuk memusnahkan impian THT untuk mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan meraka 4-3 dalam penentuan tersebut. [caption id="attachment_4137" align="alignleft" width="300"] Roslan Jamaluddin muncul wira menyelamatkan bola pukulan Faizal Saari, pengambil terakhir THT ketika aksi shoot-out...

Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) dan Terengganu Hockey Team (THT) bakal berentap di pentas akhir Piala Tan Sri P. Alagendra 2018 selepas masing-masing cemerlang untuk mengetepikan cabaran lawan mereka pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, hari ini. KLHC melangkah ke perlawanan akhir buat kali pertama selepas menewaskan UniKL, 3-1 hasil jaringan padang pemain import mereka, Joshua Pollard pada minit ke-11 dan dua lagi gol KLHC diledak oleh import Korea Selatan mereka, Jang Jonghyun menerusi pukulan stroke pada minit ke-41 dan pukulan sudut penalti pada minit ke-55. [caption id="attachment_4160" align="alignleft" width="300"] Faizal Saari, pemain THT (depan) diasak oleh...