KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI: Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) melengkapkan kejuaraan ‘treble’ pada kempen TNB Liga Hoki Malaysia (TNB LHM) 2020 selepas menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) 2-1 untuk menjuarai Piala TNB dalam aksi yang berlangsung di Bukit Jalil pada Sabtu. Juara liga itu bagaimanapun terpaksa bangkit daripada ketinggalan apabila THT yang merupakan juara bertahan mempunyai permulaan yang cukup baik. Jaringan Nabil Fiqri Mohd Noor hasil daripada pukulan sudut penalti pada minit ke-13 meletakkan THT di depan. UniKL memberikan tentangan lebih hebat namun ketangkasan penjaga gawang THT, Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri menafikan barisan penyudah lawan. Gawang THT bagaimanapun bolos pada minit ke-48 apabila...

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) muncul juara Piala TNB selepas menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada aksi final hari ini sekali gus kejuaraan pertama diraih mereka sejak menyertai Liga Hoki Malaysia. UniKL meraih kemenangan menerusi penentuan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 tamat permainan sebenar dan berkongsi wang kemenangan sebanyak RM 80, 000. Pemain import, Jeroen Dolf Hertzberger muncul wira UniKL selepas tolakan penalti terakhirnya berjaya menewaskan penjaga gol KLHC, Roslan Jamaluddin. [caption id="attachment_13020" align="alignright" width="300"] Kapten KLHC, Mohamad Sukri Abdul Mutalib (kanan) cuba untuk menghalang pergerakkan kapten UniKL, Muhammad Marhan Mohd Jalil, pada perlawanan akhir Piala TNB yang berlangsung hari ini.[/caption] Separuh...

Baik Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) mahupun Universiti Kuala Lumpur (UniKL), kedua-duanya mempunyai matlamat yang jelas pada final Piala TNB esok. KLHC di bawah bimbingan Lim Chiow Chuan pastinya mahu menebus kehampaan musim lalu selepas tewas kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT). Manakala UniKL mempunyai hajat lebih besar untuk menjulang piala buat kali pertama sejak menyertai Liga Hoki Malaysia pada 2009. [caption id="attachment_13041" align="alignleft" width="300"] UniKL melakar sejarah untuk mara ke perlawanan akhir Piala TNB 2018 selepas menewaskan THT menerusi agregat 6-3 apabila perlawanan separuh akhir kedua yang telah berlangsung 7. Februari lalu berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.[/caption] Chiow Chuan sendiri mengakui barisan pemainnya akan...

Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) bakal bertemu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada aksi final Piala TNB, Sabtu ini selepas kedua-dua pasukan mengatasi lawan masing-masing secara agregat selepas berakhir separuh akhir kedua, hari ini. KLHC yang dikecewakan Pasukan Hoki Terengganu (THT) pada aksi final musim lalu, terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya meraih tiket final sekali lagi selepas menewaskan TNB menerusi penentuan penalti 8-7. KLHC memenangi perlawanan hari dengan keputusan 4-3 untuk memadam kelebihan 3-2 yang dimenangi TNB pada aksi separuh akhir pertama sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 6-6 secara agregat. [caption id="attachment_13054" align="alignright" width="300"] Glenn Stewarts Turner (no 2) meledak gol kedua UniKL...

Kejutan dilakar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) selepas berjaya menewaskan juara Liga Perdana, Pasukan Hoki Terengganu (THT) 4-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala TNB di Stadium Hoki Nasional hari ini sekali gus memperoleh bekalan selesa menjelang aksi timbal balik, Rabu ini. THT gagal mempamer corak permainan sebenar, sebaliknya UniKL di bawah bimbingan Arul Selvaraj dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk menewaskan lawan mereka itu. Tonggak import, Kieran Ian Govers meletakkan UniKL di depan minit ke-13 menerusi pukulan sudut penalti sebelum Jeroen Dolf Hertzberger menambah gol kedua minit ke-32 hasil jaringan padang. Ketika THT sedang berusaha untuk merapatkan jurang, Glenn Stewarts Turner menambah derita skuad bimbingan...