SSTMI Thunderbolt berjaya untuk mempertahankan kejuaraan Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 untuk tahun kedua berturut-turut selepas menewaskan AHP-SSP-Thunderbolt 4-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Padang dua. Jika tahun lalu, SSTMI Thunderbolt diheret ke penentuan shoot-out sebelum menjulang piala menerusi kemenangan 4-3 pada lawan yang sama selepas perlawanan sebenar berkesudahan dengan seri 2-2, tahun ini mereka berjaya memanafaatkan perlawanan 60 minit untuk ditabal selaku juara dan membawa wang tunai RM40,000. SSTMI Thunderbolt membuka tirai jaringan pada minit ke-23 menerusi jaringan padang Muhamad Izham Azhar sebelum Mohammad Akhimullah Anuar Esook memastikan pukulan sudut penalti...