Pasukan Blue Warriors berjaya menjuarai Piala Vivian May Soars apabila menang dalam penentuan penalti shoot-out setelah mereka terikat seri 2-2 dalam masa penuh perlawanan ketika menentang PKS Uniten- KPT di Padang 2, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil tadi. Seperti dijangka, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sengit untuk memburu gol pendahuluan. Apapun, PKS Uniten- KPT berjaya berada di depan 1-0 menerusi penyudah Raja Norsharina Raja Shabuddin hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-7. [caption id="attachment_16809" align="alignright" width="300"] Pemain TLHT, Norazlin Sumantri (empat dari kiri) mengawal bola dalam perlawanan penentuan ke-3/4 Piala Vivian May Soars 2018 sebentar tadi. Norazlin menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya...