Skuad Bawah 21 lelaki negara menamatkan siri perlawanan persahabatan pendek yang telah diatur bermula Khamis lalu dan tamat hari ini di Dalian China dengan keputusan penuh menyaksikan dua seri dan satu kekalahan dicatatkan secara keseluruhan oleh mereka. Pertemuan dengan Dalian Province menyaksikan skuad muda negara tewas 0-3 pada aksi pertama pada khamis lalu dan bangkit untuk mencatatkan keputusan seri 3-3 pada aksi kedua semalam selain keputusan yang sama 3-3 turut dicatatkan hari ini. Pada aksi kedua yang menyaksikan Malaysia mengikat Dalian Province 3-3, Muhammad Nur Asyraf Ishak menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti sementara Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal dan Muhajir Abdu...