Bagi memastikan skuad hoki remaja lelaki negara mempunyai persiapan terbaik menjelang Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2018 yang akan membuka tirai pada 6 hingga 13 Oktober ini, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini menerbangkan skuad lelaki remaja negara ke China untuk menjalani tiga perlawanan persahabatan di Dalian, China. Skuad bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin akan melalui tiga perlawanan persahabatan dalam tempoh masa yang singkat bermula esok hingga Sabtu (29 September) bertemu Dalian Province dan menurut Nor Saiful dia mahu menjadikan perlawanan persahabatan ini sebagai medan untuk membentuk keserasian antara pemain selain mengharapkan tiada kecederaan serius akan dialami pemainnya. “Pada pandangan saya perlawanan...