Peluang skuad hoki negara untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata di rentap Argentina apabila pasukan di ranking kedua dunia itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-60 dalam Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin 2018 untuk menutup aksi di Stadium Hoki Marrara, Australia, dengan keputusan 3-2 memihak Argentina. Skuad yang dikendalikan oleh Muhammad Amin Rahim pada kejohanan ini berjaya untuk mengejutkan lawan terlebih dahulu apabila pada minit kesembilan Muhammad Haziq Samsul menjaringkan gol pembukaan menerusi gerakan padang dan minit ke-25 Haziq nyaris mengandakan jaringan buat negara namun percubaannya tidak menuju tepat ke pintu gawang lawan. Tiga minit selepas suku ketiga bermula, Argentina berjaya merubah kedudukan...