09 Aug
Sukan Asia 2018: 18 Pemain Lelaki Dan Wanita Sedia Galas Cabaran Di Indonesia
Selepas menamatkan siri jelajah di Australia bagi memastikan pasukan mempunyai persediaan secukupnya untuk menghadapi Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, kini 18 pemain yang diberi tanggungjawab untuk beraksi di temasya empat tahun sekali itu pastinya telah besedia sepenuhnya untuk menggalas cabaran tersebut. Kesemua perlawanan bagi skuad lelaki dan wanita akan berlangsung di Kompleks Sukan Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia dan skuad lelaki berada di dalam kumpulan B bersama Pakistan, Bangladesh, Oman, Kazakhstan dan Thailand sementara skuad wanita berada di dalam kumpulan A bersama China, Jepun, Hong Kong China dan Chinese Taipei. Bagi kapten Malaysian Tigers, Mohamad Sukri Abdul Mutalib walaupun menyedari cabaran dan tekanan...