SAM SPEAKS OUT ! Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) menyifatkan tindakan menyalahkan wartawan sukan dan media tempatan antara punca utama kegagalan skuad badminton negara ketika pusingan akhir Piala Thomas dan Uber, baru-baru ini, sebagai tindakan terburu-buru dan jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab di bahu. Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif SAM sebulat suara dengan pendirian bahawa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sepatutnya lebih teliti sebelum menuding jari sebegitu, tambahan pula kerana daripada analisis yang dilakukan, ianya tampak jauh tersasar daripada realiti.SAM berbangga mempunyai ahli-ahli yang tahu peranan mereka sebagai wartawan sukan bertanggungjawab. Malah daripada penelitian sepanjang tempoh persiapan skuad negara, wartawan dan media tempatan memainkan peranan...