Sukan Asia 2018: Petanda Baik Kami Jaringkan Gol Sama Dengan Jepun Dan Lebih Daripada China — Dharmaraj
Pengendali Malaysian Tigress nyata berpuas hati apabila anak-anak didiknya berjaya untuk meledak 11 gol dalam pertemuan dengan Chinese Taipei bagi aksi ketiga Kumpulan A, Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang berlangsung di Padang Hoki Gelora Bung Karno, hari ini di mana jaringan tersebut menyamai jumlah jaringan pasukan Jepun ketika bertemu lawan yang sama serta melebihi pasukan China. Bagaimanapun Dharmaraj mengakui situasi penyudahan pukulan sudut penalti tidak menjadi sering berlaku kepada pasukan bimbingannya ketika bertemu lawan yang lebih mudah dan melihat pemain sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol terutamanya menerusi pukulan sudut penalti apabila 19 pukulan sudut penalti yang diperolehi hanya empat daripadanya...