TNB LHM 2018: TNB Kembali Rampas Takhta Liga
Tenaga Nasional Berhad (TNB) kembali merampas tangga teratas Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia selepas menewaskan Maybank 4-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. Kemenangan itu menyaksikan anak buah Nor Saiful Zaini Nasiruddin memimpin liga dengan 13 mata, kelebihan satu mata berbanding Pasukan Hoki Terengganu (THT) yang sekadar seri 1-1 ketika bertemu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Muhammad Shahril Saabah meletakkan TNB di depan pada minit ke-20 menerusi gol padang sebelum Shello Silverius menambah gol kedua tiga minit selepas itu, juga hasil gol padang. Muhammad Aminudin Mohd Zain mengukuhkan kedudukan TNB apabila menyumbang gol ketiga...