TMJ Berkenan Biayai Kos Perubatan Adik Adra, Menjunjung Kasih Tunku!
Beberapa hari lalu kita mendengar khabar anak kedua kepada pemain bola sepak Perlis, Alafi Mahmud iaitu adik Adra Medina memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembedahannya. Adik Adra yang menghidap penyakit jantung berlubang perlu menjalani pembedahan dengan segera supaya dapat kembali pulih. Semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyampaikan khabar yang pastinya menggembirakan keluarga adik Adra apabila baginda berkenan untuk menggunakan wang baginda sendiri sebanyak RM100,000 bagi menampung sepenuhnya kos pembedahan adik Adra. Tunku Ismail bertitah baginda akan menyalurkan sendiri wang sebanyak RM100,000 terus kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) bagi memastikan pembedahan adik Adra dapat berjalan dengan lancar. Selain...