YOUNG TIGERS GAGAL TANGANI SAMURAI MUDA

Rentetan kekalan skuad remaja hoki kebangsaan kendalian I Vikneswaran di saingan Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 berterusan tumpas 4-1 kepada Jepun dalam aksi kedua di Stadium Hoki Taman Daya pada Ahad.

Vikneswaran akui barisan pemain negara gagal mengekalkan aksi konsisten untuk tempoh penuh perlawanan berdepan Jepun walaupun memulakan perlawanan dengan baik.

“Kami memulakan pemain dengan baik tetapi apabila gagal menyempurnakan peluang gol ia akan menjejaskan pasukan. Selepas mendahului, kita memberi gol mudah kepada Jepun dan ia mengubah perlawanan.

“Kita gagal menyempurnakan empat pukulan sudut penalti pada suku pertama jadi, kami perlu terus gandakan usaha memperbaikinya selepas ini,” kata Vikneswaran ketika sidang media pasca perlawanan pada Ahad.

Malaysia akan berdepan India dalam aksi selepas ini pada Selasa dan Vikneswaran enggan meletakkan sasaran pada perlawanan itu dan hanya menganggapnya sebagai pendedahan penting buat pemain menjelang saingan Piala Asia Remaja di Muscat November depan.

Suku pertama menyaksikan barisan negara memulakan permainan dengan agresif apabila meraih empat pukulan sudut penalti namun, jentera serangan yang diterajui Muhammad Danish Aiman tetap gagal menemui sentuhan gol.

Selepas suku kedua juga berakhir tanpa jaringan, gol yang dinanti akhirnya kunjung tiba pada minit ke 35, apabila Adam Ashraf berjaya menemui sasaran menerusi satu jaringan padang .

Jepun bingkas bangkit menyamakan kedudukan 1-1 minit 39 apabila umpire perlawanan dari Sri Lamka, Mohamead Nawshad menghadiahkan penalti strok yang disempurnakan Hyota Yamada.

Jaringan itu memberi keyakinan buat Jepun untuk terus tampil agresif dan hasilnya, dua jaringan padang diraih menerusi Yuto Higuichi minit 42 dan kapten pasukan Yamato Kawahara minit 47.

Selang tiga minit, Jepun terus merobek gawang negara dan kali ini menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Koyo Nishida untuk mengesahkan kemenangan besar pasukannya.

Vikneswaran akui barisan pemain negara gagal mengekalkan aksi konsisten untuk tempoh penuh perlawanan berdepan Jepun walaupun memulakan perlawanan dengan baik.

No Comments

Post A Comment