SSTMI Berjaya Pertahan Kejuaraan
Pasukan Sekolah Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) terus membuktikan kewibawaan mereka dalam Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s 2017 apabila berjaya membenam cabaran Sekolah Sukan Hong Kong (SSHK) 38-10 di perlawanan akhir yang berlangsung di padang ragbi MCKK sebentar tadi. Kejuaraan kali ini juga adalah yang keempat buat pasukan dari Bandar Penawar itu dalam kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s setelah pernah menjulang trofi NJ Ryan sebelum ini pada tahun 2011, 2012 dan 2016. SSTMI bermula garang menerusi larian kencang Mohd Shah Fikri Osman yang menyempurnakan try pertama pasukan itu disusuli coversion oleh Hafizie Sudin untuk pasukan itu di depan 7-0. Namun SSHK tidak mudah mengalah...