Saingan hari pertama divisyen dua kategori lelaki TNB Piala Tun Abdul Razak 2018 menyaksikan finalist tahun lalu, Selangor terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 2-2. Selain itu keputusan hari menyaksikan Pahang gah mengutip tiga mata apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan lawan mereka Singapura 6-0 sementara satu lagi aksi yang menemukan Kelantan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkesudahan dengan PDRM cemerlang menundukkan Kelantan 6-2 dan Baljit Singh Sarjab Singh muncul penjaring hatrik ketika PDRM menewaskan Kelantan. Dalam pertemuan antara ATM dan Selangor,...

Perlawanan terakhir peringkat round robin di kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2018 yang menemukan Malaysian Tigers dengan Pakistan menyaksikan rekod tanpa kalah skuad negara tercalar apabila tewas tipis 0-1 kepada lawan mereka dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos Muscat Oman. Malaysia dan Pakistan berkongsi 10 mata namun dibezakan dengan jumlah jaringan yang menyaksikan skuad negara mengakhiri pusingan round robin di kedudukan ketiga selain bakal bertemu Pakistan yang berada di tempat kedua sekali lagi dalam aksi separuh akhir Sabtu ini. Malaysia hampir menjaringkan gol pada minit kesembilan apabila kesilapan penjaga gol Pakistan Imran Butt ketika menendang bola keluar daripada kawasan bahaya...

  Newly promoted Bukit Cheras Badminton Club (BC) are out to prove they have what it takes to be among the PLJ elite and not just to make up the numbers in the Premier Division of the Purple League Junior 2018. [caption id="attachment_81616" align="alignright" width="300"] Men's singles player, Low Eu Cong representing Bukit Cheras BC in the Purple League Junior this season.[/caption] The Division Two champions began their Division One campaign with solid displays on the opening weekend and are sitting pretty in top spot after three matches. Bukit Cheras BC opened accounts with a 15-4 win over Petaling Jaya, but then suffered a...

Skuad negara berjaya memastikan rekod tanpa kalah mereka di pusingan round robin, Trofi Juara-Juara Asia 2018 Muscat Oman kekal bersih apabila pertemuan dengan India yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos hari ini berkesudahan dengan seri tanpa sebarang jaringan. Pujian harus diberikan kepada skuad bimbingan Roelant Oltmans yang cemerlang mempertahankan pintu gol daripada dibolosi dan jika dilihat aksi yang berlangung, India lebih menguasi perlawanan dan seringkali mengasak pintu gol negara serta memiliki kelebihan tiga pukulan sudut penalti namun masih gagal merobek gawang negara. Aksi di suku pertama berlangsung pantas apabila India dilihat banyak memberikan tekanan kepada pertahanan pasukan negara dengan cuba untuk...

Berjaya membantu kelabnya, Kelab Badminton (BC) Cheras memecah dominasi Petaling BC untuk muncul juara Divisyen Satu Purple League Junior (PLJ) musim lalu, nama Aidil Sholeh Ali Sadikin pastinya bakal menjadi perhatian peminat badminton tempatan sedikit masa lagi. [caption id="attachment_80797" align="alignright" width="171"] Aidil Sholeh Ali Sadikin merupakan tonggak utama pasukan Cheras BC dalam saingan Purple League Junior.[/caption]   Dia juga masih segar dengan kejayaan paling besar dalam kariernya berjaya meraih pingat perak dalam acara perseorangan lelaki, Sukan Malaysia (SUKMA) Perak biarpun belum bernaung di bawah badan induk terbesar, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika itu.   Dalam perkembangan terbaru, Aidil menerima tawaran untuk bersama BAM dan kehebatan...

Impian Korea Selatan untuk menyekat Malaysian Tigers daripada terus mengutip tiga mata dalam pusingan round robin tidak berkesampaian apabila skuad bimbingan Roelant Oltmans cemerlang memastikan kemenangan ketiga berturut-turut di Trofi Juara-Juara Asia 2018 Muscat Oman dengan Korea Selatan tunduk 4-2 kepada skuad negara dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, hari ini. Selepas cemerlang mengumpul sembilan mata, skuad negara telah menjaringkan 10 gol sementara bolos 3 berada di kedudukan kedua di belakang India yang dibezakan dengan jumlah jaringan dan Faizal Saari kini mendahului carta penjaring terbanyak skuad negara dengan empat gol, diikuti Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dengan...

Pertemuan dengan tuan rumah, Oman pada perlawanan kedua pusingan round robin Trofi Juara-Juara Asia 2018 yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos Muscat Oman pada hari ini menyaksikan skuad negara terus cemerlang mencatatkan kemenangan 3-1. Selepas dua perlawanan, Malaysia telah mengumpul enam mata dengan menjaringkan enam gol sementara bolos satu akan berehat sehari sebelum turun untuk aksi ketiga round robin pada Isnin jam 10.55 malam waktu Malaysia bertemu Korea Selatan. Malaysian Tigers dilihat mengalami kesukaran untuk melakukan percubaan tepat apabila Oman lebih gemar untuk bermain di dalam kawasan mereka sendiri dan usaha untuk mengatur serangan pada minit ke-17 menerusi larian solo Syed...

Set to make her farewell bow at the World Junior Championships, Toh Ee Wei is aiming to go out with a bang by securing a podium finish at her swansong edition in Markham, Canada, early Novemmber. [caption id="attachment_79745" align="alignleft" width="300"] Toh Ee Wei along with her teammates managed to help Bukit Cheras BC to lead the Purple League Junior Division 1 standings.[/caption] Doing double duty for the country for the last two editions, Ee Wei, 18 is again ready to go the extra mile for Malaysia in both the girls and mixed doubles events. Partnering Chen Tang Jie in the mixed doubles, the...

Malaysian Tigers berjaya untuk memastikan perlawanan pembukaan Trofi Juara-Juara Asia 2018 yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos Muscat Oman hari ini disudahkan dengan cemerlang apabila menewaskan lawan mereka Jepun, 3-0 pada aksi pusingan round robin. Tiga mata pertama yang dikumpul pastinya menjadi tonik semangat terbaik untuk skuad negara yang akan turun untuk aksi kedua bertemu tuan rumah, Oman pada Sabtu jam 1.10 pagi waktu Malaysia dan walaupun Jepun dilihat sekali sekala menampilkan aksi merbahaya di kawasan negara, pujian harus diberikan kepada corak bertahan Malaysia yang cemerlang menyekat Jepun daripada membolosi gawang negara. Malaysia dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti pertama seawal minit...

Memiliki ketinggian 160cm dan berhijab hitam, pastinya anda mahu mengetahui dan menyaksikan siapakah gadis manis yang sedang beraksi dalam Purple League Junior (PLJ) 2018 kali ini.   Diberikan nama sebagai Rakhmatul Fuadah, gadis berusia 19 tahun ini melakukan penampilan pertama untuk pasukannya, Kelab Badminton (BC) Amanjaya dengan beraksi pada aksi pembuka tirai PLJ, Sabtu lepas. Berasal dari Grisek, Jawa Timur, Rakhmatul memperagakan aksi tidak mengecewakan apabila mendapatkan kemenangan ketika aksi sulungnya serta mengutip lapan mata set kemenangan selepas melalui tiga perlawanan di minggu pertama PLJ. Pemain itu yang kini turut mewakili pasukan B-19 Indonesia bermula baik menewaskan juara Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Final 2018,...