Sukan Asia 2018: Kami Bukan Lagi Pasukan Yang Mudah Untuk Ditewaskan — Dharmaraj
Skuad hoki wanita negara mengakhiri kempen Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang di kedudukan kelima terbaik apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan Thailand 2-0 pada aksi yang berlangsung di Padang Hoki Gelora Bung Karno, hari ini. Selepas tewas 3-1 kepada Jepun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan A, Malaysian Tigress yang berkongsi tujuh mata keseluruhan dengan China terpaksa menerima kenyataan untuk beraksi bagi menentukan kedudukan kelima terbaik ketika impian untuk melakar sejarah mara ke peringkat separuh akhir direntap oleh perbezaan lima jumlah jaringan yang dimiliki oleh China. Bagi pengendali negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah, ia bukan sesuatu yang mudah untuk pemain melupakan kekecewaan tidak melangkah ke...