Siri Terbuka Singapura: Malaysian Tigress Kekal Rentak Cemerlang
Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura 2018 (Wanita) yang berlangsung di Pusat Sukan Seng Kang, Singapura hari ini menyaksikan skuad hoki wanita negara berjaya meraih kemenangan kedua berturut-turut pada aksi bertemu Hong Kong China selepas menewaskan lawannya itu 10-0. Skuad bimbingan Muhammad Dharmaraj Abdullah meledak empat gol padang dan enam pukulan sudut penalti pada perlawanan kedua hari ini dan secara keseluruhan selepas dua perlawanan Malaysian Tigress telah menjaringkan 28 gol tanpa bolos. Malaysian Tigress membuka tirai jaringan pada minit ketujuh menerusi jaringan padang Fatin Shafika Md Shukri dan berselang sepuluh minit kemudian giliran Nur Amirah Shakirah Zulkifli untuk meledak gol kedua juga menerusi...