CHRISTIE Enggan Berkecil Hati, Sasar 10 Gol bagi Liga Super 2013
DISISIHKAN daripada skuad kebangsaan Piala Suzuki AFF, pemain sayap kiri ATM, Christie Jayaseelan enggan berkecil hati sebaliknya menanamkan tekad untuk memikat perhatian pengendali Harimau Malaya pada musim 2012 yang bakal membuka tirai awal Januari ini. Sumbangan pemain kelahiran Kajang berusia 26 tahun dalam kempen Piala Malaysia musim lalu pastinya akan terus dikenang apabila meledakkan gol dalam kemenangan 3-2 pada timbal balik pertama suku akhir berdepan Negeri Sembilan di tempat sendiri. Ia adalah jaringan tunggal Christie pada kempen Piala Malaysia yang menyimpan pelbagai kenangan buat ATM yang mara buat kali pertama ke final di Bukit Jalil selepas 46 tahun. Namun ia tidak cukup untuk...