PENANTIAN 13 tahun Semakin Hampir Terlerai, Hanya 4 Mata Memisahkan ATM dengan Pentas Elit
PENANTIAN 13 tahun untuk beraksi di pentas elit kini semakin hampir terlerai buat Angkatan Tentera Malaysia dengan hanya empat mata memisahkan mereka daripada trofi domestik pertama mereka dalam Liga Malaysia sejak 1997 dan tiket automatik kenaikan ke Liga Super musim depan. Dengan saingan Liga Perdana berbaki tiga perlawanan, hanya USM FC (esok), MP Muar (13 Julai) dan Pos Malaysia (16 Julai) menjadi penghalang terhadap impian ATM untuk berdiri sebaris pasukan berstatus ‘bangsawan’ sejak mula menyertai Liga Semi-Pro pada 1989. Sebelum ini, ATM berbangga dengan kejayaan menjulang Piala FAM lima tahun lalu ketika menewaskan NS Cempaka 3-0 secara agregat selain bergelar naib juara...