Impian skuad wanita bawah 18 negara untuk melangkah ke perlawanan akhir Kelayakan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia (5 Sebelah) sekaligus menempah tiket secara automatic ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Bueno Aires, Argentina tidak berkesampaian apabila aksi yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok menyaksikan skuad bimbingan Yahya Atan akur tewas 2-4 kepada India. India terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit keenam namun jaringan tersebut tidak mematahkan semangat skuad negara untuk bangkit mencari gol penyamaan pada minit kesembilan menerusi kapten negara, Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun dan mengikat India 1-1 pada aksi separuh masa pertama. Bersambung suku masa kedua, India berjaya menambah...

Semangat skuad lelaki bawah 18 tahun negara yang telah melayakkan diri ke separuh akhir Kelayakan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia (5 Sebelah) yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok Thailand kini kian membara untuk memburu dua slot yang dipertaruhkan bagi ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Bueno Aires, Argentina Selepas lima perlawanan Malaysia mengumpul 15 mata maksimum akan bertemu Korea Selatan pada aksi separuh akhir esok yang muncul selaku naib juara kumpulan A, sementara juara kumpulan A, India akan bertemu Bangladesh yang muncul selaku naib juara kumpulan B yang mengumpul 10 mata. Bagi memastikan impian untuk ke Argentina tercapai, Malaysia perlu mencari...

Kemenangan 9-0 yang diraih oleh skuad B-18 wanita pada perlawanan kedua yang berlangsung hari ini bertemu Chinese Taipei menghidupkan kembali peluang skuad wanita negara untuk beraksi di pusingan separuh akhir Kelakayan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia (5 Sebelah) yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok Thailand dengan syarat wajib menang keatas Jepun pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan esok. Pengendali skuad wanita, Yahya Atan nyata berpuas hati dengan kebangkitan yang ditampilkan oleh pemain-pemainnya sambil menyifatkan perlawanan bertemu Jepun esok sebagai misi hidup mati pasukan dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pemain untuk mencari kemenangan. “Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kami mampu untuk menewaskan...

Perlawanan pertama untuk hari kedua bagi skuad lelaki dan wanita bawah 18 tahun negara menyaksikan nasib berbeza dialami oleh kedua-dua pasukan apabila skuad wanita terpaksa berdepan kekalahan 1-9 kepada China sementara skuad lelaki terus cemerlang mencatatkan kemenangan 10-0 keatas Chinese Taipei pada kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia (5 Sebelah) yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok Thailand, pagi ini. Terdahulu skuad wanita yang beraksi menentang China memperolehi gol saguhati pada minit ke-13 menerusi Siti Zulaika Hussain dan kebangkitan yang cuba untuk ditampilkan oleh skuad wanita B-18 negara dinafikan oleh pemain-pemain China. Pengendali skuad wanita, Yahya Atan menerima kekalahan pertama skuad...

Skuad hoki wanita bawah 18 tahun memulakan kempen kelayakan Sukan Olimpik 2018 Asia (5 Sebelah) dengan langkah kanan apabila membelasah Hong Kong, China 10-1 pada perlawanan pembukaan kumpulan A yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok Thailand, hari ini. Dalam perlawanan yang menggunakan format 30 minit dan 10 minit bagi setiap suku, jaringan skuad negara diledak oleh Putri Nur Batrisyia Nornawawi (m’1, dan m’23), Siti Zulaika Hussin (m’4, m’8 dan m’18), Nurmaizatul Hanim Syafi (m’5, m’11 dan m’28) serta Siti Nur Arfah Mohd Nor (m’19 dan m’20). Pengendali skuad wanita, Yahya Atan nyata berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan oleh anak-anak...

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini berkongsi khabar gembira susulan penjaga gol utama negara, S. Kumar yang sebelum ini digantung ekoran gagal ujian doping ketika beraksi di Piala Asia, Dhaka Bangladesh, Oktober lalu bakal kembali menjalani latihan bersama skuad negara selepas Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) mengesahkan hukuman pengantungan selama enam bulan dijatuhkan keatasnya ekoran kegagalan ujian doping apabila sampel air kencingnya didapati mengandungi sibutramine, salah satu bahan larangan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA). Tempoh penggantungan enam bulan dikenakan ke atas Kumar selepas FIH mendapati bahan terlarang tersebut bukan diambil secara sengaja selain mengambil kira kerjasama baik yang diberikan oleh Kumar dan KHM,...

MSSPP-PSHA muncul selaku juara divisyen dua, TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 selepas cemerlang menewaskan MBMB Warriors 3-0 pada penentuan shoot-out apabila perlawanan 60 minit berkesudahan tanpa sebarang jaringan pada aksi akhir yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kecemerlangan Putera Ahmad Syahmie Ahmad Aswad, Muhammad Haikal Hilman Mohamad Hanfiah dan Muhamad Faris Harizan menyempurnakan pukulan shoot-out menjulang MSSPP-PSHA selaku juara dan ekoran perlawanan diheret sehingga ke penentuan shoot-out, wang kemenangan akan dikongsi oleh kedua-dua pasukan dimana setiap pasukan membawa pulang RM6,500. [caption id="attachment_28155" align="alignright" width="300"] Pemain-pemain KL Vipers MSSM KL meraikan kemenangan 2-1 menewaskan Anderson PHA untuk mereka...

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini mengumumkan senarai nama pemain lelaki dan wanita bawah 18 tahun yang akan menyahut cabaran di Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik Remaja Bawah 18 tahun (Asia) 2018 yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada 25 hingga 29 April 2018. Malaysia yang diundi dalam kumpulan B bagi kategori lelaki akan dicabar oleh Pakistan, Bangladesh, Singapura, Chinese Taipei dan Kemboja sementara bagi kategori wanita, Malaysia diletakkan dalam kumpulan A bersama China, Japun, Hong Kong dan Chinese Taipei. Menggunakan format lima sebelah termasuk penjaga gol, dua pasukan yang terbaik akan layak secara automatik untuk beraksi di Sukan Olimpik Remaja Bawah-18 yang akan...

An impressive 7,000 Viper Challenge participants achieved yet another milestone when they conquered the world’s longest multi-purpose tunnel - Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) - in the Viper Tunnel Challenge on Saturday (14 April). Being the second Viper Challenge of the 2018 series, the Viper Tunnel Challenge was a whole new experience for the participants as they completed all 10 trademark Viper Challenge obstacles covering a distance of 8.4km. Participants were pushed to their limit physically and mentally en route to the finish line in this inaugural edition at SMART. Just like the Viper Arena Penang last month, participants had to...

The Viper Challenge – Asia’s largest and most grueling obstacle event – is poised to raise the benchmark for obstacle course racing in this region on Saturday (April 14) as participants tackle a tough course in the world’s first tunnel obstacle event, the Viper Tunnel Challenge. Always at the forefront of innovative obstacles and exciting venues, Viper Tunnel Challenge presents a brand new challenge that will test the physical and mental fitness of all competitors as the event will be held inside the world’s longest multi-purpose tunnel - the Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) - for the first time ever. Popularly known as...