Siri Terbuka Singapura: Malaysian Tigress Dalam Kelas Tersendiri
Skuad hoki wanita negara berjaya membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri di pusingan pertama Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura 2018 (Wanita) apabila memastikan lima perlawanan bagi aksi round robin disudahkan dengan cemerlang tanpa sebarang kekalahan dan terbaru pertemuan kelima dengan Singapura yang berlangsung di Pusat Sukan Seng Kang, Singapura disudahkan dengan kemenangan 5-0. Malaysian Tigress yang mengumpul 15 mata penuh telah meledak 45 gol dalam lima perlawanan dengan 29 gol padang sementara 16 gol menerusi pukulan sudut penalti. Bagi pengendali negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah jumlah jaringan bukanlah keutamaannya kerana apa yang penting adalah memberikan peluang kepada pemain-pemain yang lebih muda untuk...