Sukan Komanwel 2018: Dharmaraj Pertaruh Skuad Piala Asia ke Gold Coast
Jurulatih skuad hoki wanita kebangsaan, Muhammad Dharmaraj Abdullah mempertaruhkan skuad yang beraksi di Piala Asia, Kakamigahara tahun lalu selain menyerap masuk dua muka baru untuk menggalas tugas di temasya Sukan Komanwel 2018 yang akan membuka tirai dari 4 hingga 15 April 2018 di Gold Coast Australia. Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama India, Afrika Selatan, England dan Wales mendapat kembali khidmat Fazilla Sylvester Silin serta membawa masuk Nur Amirah Shakirah Zulkifli bagi membantu skuad negara untuk memberikan tentangan kepada negara lain yang bertanding. “Ini merupakan skuad 18 yang saya pilih dan saya rasakan terbaik kerana kami tidak mempunyai masa yang panjang...