Piala Presiden 2018: UITM-KPT Dan Politeknik-KPT Buat Perhitungan Di Final
UITM-KPT dan Politeknik-KPT bakal membuat perhitungan terakhir bagi merebut Piala Presiden 2018 selepas kedua-dua pasukan cemerlang menewaskan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. UITM-KPT melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 3-2 sementara Politeknik-KPT beraksi di pentas final selepas mengecewakan Kedah Hockey Team-NI 3-1. [caption id="attachment_14877" align="alignleft" width="300"] Pemain UITM-KPT, Muhammad Shahfirul Aqmal Mohd Saiful (kanan) meledak gol kedua UITM-KPT cuba untuk dicabar oleh pemain MBI, Muhammad Fahmi Khalid, pada aksi separuh akhir yang memihak kepada UITM-KPT 3-2.[/caption] Terdahulu dalam perlawanan yang menemukan UITM-KPT dan MBI menyaksiakn usaha UITM-KPT dan...