Panthers kembali memburu Turtles
Penang Panthers menambah dua mata bagi merapatkan jurang dengan pendahulu carta mata Divisyen Perdana Liga Sepak Takraw (STL) 2016, Terengganu Turtles apabila membenam Kelantan Warriors 21-13, 21-4 dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor hari ini. Tekong Syahir Rosdi, perejam Azlan Alias dan pengumpan Zaim Razali memastikan kemenangan keenamnya terhadap Hisyam Mat/Ikhwan Rahman, Nur Yuslie Jusoh (Aiman Fouzi) dan Saufi Salleh selepas 30 minit sekali gus menghimpun 12 mata, empat mata di belakang Turtles. ATM Guardians pula menunjukkan perwatakan sebenar selaku juara bertahan dengan kemenangan keempatnya sambil melonjak ke tangga keempat divisyen sama selepas membalas dendam terhadap Melaka Titans...