Maybank: Menggalakkan gaya hidup sihat
Maybank menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga kerjanya kerana ia percaya bahawa kesihatan yang baik akan memberikan impak positif kepada kakitangan dan organisasi. Tenaga kerja yang sihat, antara lain dapat menarik lebih banyak penglibatan penuh kakitangan, mengurangkan ketidakhadiran, dan meningkatkan produktiviti kakitangan bagi mencapai kecemerlangan organisasi dan kemampanan. Maybank menggalakkan kakitangannya untuk mengambil bahagian dalam bidang sukan serta program-program Kesihatan dan Kesejahteraan sebagai sebahagian dari program holistik dalam mewujudkan tenaga kerja yang sihat. Setiap tahun, Maybank memperuntukkan bajet yang besar untuk acara sukan dan program kesihatan dan kesejahteraan buat kakitangannya. Maybank mempunyai sejarah yang panjang dalam mempromosikan sukan melalui penajaan...