Tumbangkan juara 4 kali SSTMI dalam aksi final    KUALA KANGSAR (1 MAC): Pasukan Maktab Sultan Abu Bakar (English College) mencipta kejutan tersendiri selepas muncul juara kejohanan ragbi MCKK Premier 7s edisi 2020 buat kali pertama selepas menewaskan pasukan pilihan, Sekolah Sultan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) di Kuala Kangsar hari ini.   EC berjaya merekodkan kemenangan dramatik 15-12 ke atas SSTMI sekali gus menjulang trofi berprestij, NJ Ryan buat kali pertama sejak kejohanan ragbi peringkat remaja itu diperkenalkan pada edisi 2011.    Ketua jurulatih skuad ragbi EC, Abdul Hanis Mokthar berkata, persiapan rapi sejak awal tahun ini telah membuahkan hasil meskipun pada awalnya pasukannya tidak meletakkan...

Tuan rumah, MCKK berpeluang balas dendam ke atas SEMASHUR menjelang aksi suku akhir esok   KUALA KANGSAR (29 FEBRUARI 2020): Juara bertahan, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) mempamerkan prestasi memberangsangkan untuk melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s edisi ke-10 di Kuala Kangsar esok.   Pasukan itu dilihat tidak mempunyai masalah untuk mencatat kemenangan ke atas SMK King George V 17-5 dan SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab 31-12.   Namun, rekod cemerlang SEMASHUR sedikit tercalar selepas tewas kepada Maktab Tentera Diraja 7-20 dalam aksi Kumpulan A.   Keputusan tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan harapan SEMASHUR untuk mara ke pusingan suku akhir menentang English...

KUALA KANGSAR (28 FEBRUARI): Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s edisi ke-10 yang bermula secara rasmi hari ini masih meriah meskipun tanpa penyertaan daripada pasukan luar negara bagi merebut trofi NJ Ryan tahun ini.   Tiga pasukan dari luar negara yang mengesahkan penyertaan dari tiga negara Asean ini, iaitu Kolej Vajiravudh dari Thailand, Sekolah Antarabangsa Jerudong, Brunei dan wakil Indonesia, Sekolah Menengah Atas Darunnajah tidak dapat menyertai kejohanan ini pada saat akhir kerana penularan wabak COVID-19 ketika ini.   Pengarah kejohanan, Amrol Hazarin Hamidon mengakui kejohanan kali ini masih lagi istimewa memandangkan ia adalah edisi yang ke-10 dianjurkan sejak 2011.   "Saya masih lagi berpuas hati dengan Kejohanan...

KUALA KANGSAR (4 Mac 2019): SEKOLAH Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) made history when they ripped the form guide to shreds and outplayed hosts MCKK 24-10 to win their first ever MCKK Premier 7s title in a pulsating final at the MCKK Rugby Field, Kuala Kangsar yesterday. The Cup final, which was played in the scorching Kuala Kangsar heat got even hotter on the field as the two finalists gave it all they had with the title in sight but in MCKK’s case, to end their six-year wait for the championship. But SEMASHUR was not about to let that happen and two...