Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin: Malaysian Tigers Tutup Kempen Dengan Kemenangan
Skuad hoki lelaki negara akhirnya mencatatkan kemenangan dalam Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin 2018 selepas memastikan Jepun kali ini tunduk di tangan mereka apabila membelasah lawannya itu 4-0 sekaligus menyaksikan Malaysian Tigers menamatkan aksi di Stadium Hoki Marrara Australia itu di kedudukan ketiga. Secara keseluruhannya selepas menamatkan empat perlawanan Muhammad Razie Abd Rahim dan Muhammad Haziq Samsul telah meledak tiga gol sementara Mohd Fitri Saari menjaringkan dua gol dan Muhammad Firhan Ashari, Muhammad Shahril Saabah serta Muhammad Azri Hassan masing-masing menyumbangkan satu gol untuk menjadikan keseluruhan 11 gol terhasil dalam kejohanan ini. Pengendali pasukan bagi kejohanan ini, Muhammad Amin Rahim ketika dihubungi...