Sukan Olimpik Remaja: Skuad Negara Raih Kemenangan Kedua Berturut-Turut
Skuad B-18 negara meneruskan rentak cemerlang dalam aksi peringkat kumpulan A, Sukan Olimpik Remaja 2018, Buenos Aires Argentina apabila mengutip tiga mata seterusnya pada aksi kedua yang menemukan mereka dengan Mexico selepas pertemuan yang berlangsung di Taman Olimpik Argentina awal pagi tadi menyaksikan Malaysia menewaskan lawan mereka itu 4-2. Selepas dua perlawanan berakhir, Malaysia dan Argentina kini berkongsi enam mata, bagaimanapun perbezaan jumlah jaringan meletakkan skuad negara di kedudukan kedua di mana skuad negara telah menjaringkan 18 gol dan bolos 2. Bagi pertemuan dengan Mexico awal pagi tadi, skuad negara membuka tirai jaringan pada minit keempat apabila penyerang negara Mohamad Akhimullah Anuar...