Aksi Ujian: Malaysian Tigers Tewas Melawan
Siri perlawanan ujian kedua yang berlangsung hari ini diantara Malaysian Tigers dan The Black Sticks menyaksikan skuad negara tewas 3-4 dalam satu pertarungan yang cukup menarik yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Skuad negara terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal pelawat pada minit keempat menerusi gol padang George Muir dan Aidan Sarikaya menggandakan kedudukan perlawat pada minit ke-20 sebelum skuad negara bangkit mengejar menerusi jaringan padang Muhammad Firhan Ashari pada minit ke-21 untuk aksi separuh masa pertama tamat dengan 2-1. Minit ke-42 jaringan penyamaan Malaysia hadir apabila Faizal Saari bijak untuk melakukan penyudahan daripada pukulan sudut penalti yang dimiliki oleh...