TAJ mahu kembalikan ATM ke landasan kemenangan, sasar tiga mata berdepan Perak
SELEPAS melalui dua keputusan mengecewakan, pertahanan tengah, Amiridzwan Taj Tajudin melaungkan tekad untuk mengembalikan Angkatan Tentera Malaysia ke landasan kemenangan pada pertemuan menentang Perak, Jumaat ini. Dikecewakan 2-3 oleh Terengganu di tempat lawan, pendahulu, ATM kehilangan cengkaman ke atas kedudukannya di atas persada liga apabila hanya mampu seri tanpa jaringan berdepan Pahang, Jumaat lalu. Meskipun menguasai perlawanan, the Gladiators gagal menembusi kekebalan benteng yang diterajui penjaga gol, Rosfaizul Azuar Ali dengan peluang terbaik dimiliki Taj pada babak kedua menerusi tandukannya yang singgah di palang. “Apa yang boleh kami katakan, memang tiada rezeki pada dua perlawanan sebelum ini. Kami asyik keciciran mata sejak kebelakangan...