Babak Kedua Menjadi Penentu Impian ATM Menjulang Gelaran Liga Perdana
MEMASUKI titik pertengahan musim Liga Perdana, pengendali Angkatan Tentera Malaysia, B Sathianathan berhak berbangga dengan kedudukan pasukannya yang mengungguli saingan selepas mengharungi 11 perlawanan. Dengan rekod lapan kemenangan dan satu seri hasil jentera serangan yang sudah menyumbangkan 29 gol dan pertahanan yang hanya bolos lapan gol, ia pastinya statistik yang memberikan petanda baik menjelang separuh masa kedua musim yang bakal menyingkap tirai pada Jumaat ini. Tetapi umpama perlawanan bola sepak yang berlangsung 90 minit, tiada gunanya sesebuah pasukan menguasai saingan separuh masa pertama hanya untuk kecundang pada babak kedua. Jika dikaitkan dengan ATM, Sathia sudah pasti tidak mahu anak buahnya dibuai lena kerana...